Masjid Ubudiah Seberang Balok, Kuantan

Surau Ubudiah, terletak di Taman Aishah Seberang Balok telah di rasmikan oleh Haji Abdul Zaki Bin Md Zain, Al Fadil Qadhi Daerah Kuantan pada 01.04.2014. (sekarang Timbalan Mufti Negeri Pahang).

Pada tahun 14.03.2019, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah meluluskan permohonan untuk menunaikan solat Jumaat dalam masa yang sama telah menaiktaraf kepada Masjid Ubudiah.

Lokasinya yang berdekatan dengan kawasan Perindustrian Gebeng, Pelabuhan Kuantan, beberapa taman perumahan dan beberapa tempat strategik lain menjadikan Masjid Ubudiah sentiasa di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan juga sentiasa di anjurkan untuk memperkasakan institusi Masjid. Antaranya ialah majlis-majlis ilmu (kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan kuliah Maghrib), menyalurkan sumbangan kepada ahli qaryah yang memerlukan dan berkelayakan, majlis berbuka puasa, kelas bacaan Al Quran dan sebagainya.

Selain itu juga, hubungan kejiranan antara penduduk sangat erat. Pelbagai aktiviti di susun dan di rangka untuk melahirkan masyarakat yang mampu menyumbang kepada komuniti setempat.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by